Thursday, December 2, 2010

Sejarah Malaysia:Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu...


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada BritishIndiaAustralia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.



Latar belakang

Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.
Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.
Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun.

Penjajahan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

8 Disember - 18 Disember 1941

Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun

Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu

Lockheed Hudson Mk V
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai PetaniButterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

[sunting]Kemasukan tentera Jepun dari Siam

Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera BritishAustralia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekatkereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakaninfantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-PophamPanglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.

[sunting]Kemaraan turun Semenanjung Tanah Melayu


Pemerintah Command dan penjajahan Jepun
Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.
Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.

[sunting]19 Disember 1941 - 31 Januari 1942

Pada 23 Disember Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalamPertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.

[sunting]Pertahanan Johor

Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australiadiletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalampembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..

(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau, walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwelth di Johor Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura, mengenepikan permintaan berulang untuk memulakan pembinaan oleh Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson, dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk moral".
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.
Category:Other
Photobucket

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu


Photobucket

Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras


Photobucket

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoonini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.


Photobucket

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atauFlintlock Musket.Mengapa?

Photobucket

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


Photobucket

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

TERAKOL


Photobucket

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


Photobucket

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

ISTINGGAR


Photobucket

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

LELA RENTAKA

Photobucket

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Photobucket

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

MERIAM / LELA

Photobucket

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.


Photobucket

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dangunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).


Photobucket

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunnersMelayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkanblunderbassnya (Pemuras) di bahu.


Photobucket

Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?

sumber:

http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html